Masa itu lebih kurang akhir 1980an. Saya pun baru mendirikan rumahtangga dan menduduki flets E8, Taman Melati, Setapak.
Satu hari semasa di Harakah, kami dikunjungi saudara Dollah Kalbi yang membawa isterinya yang bukan Melayu tetapi dari kaum Singh. Kemasukan Islam isterinya amat ditentang oleh keluarganya sendiri dan tentu sekali menjadi kes besar dikalangan kita sehingga ke mahkamah dan tidak kurang juga menjadi kes politik yang ingin sangat dimainkan oleh DAP waktu itu.
Dollah Kalbi bersama-sama dengan kita dibawa seorang kawan lain berjumpa Tun Salleh Abbas yang pada masa itu sudah terpecat dan menduduki rumahnya di Jalan Aman, off Jalan Ampang. Mereka ajak saya ikut kerana saya dikatakan petah bercakap dan boleh bantu Dollah Kalbi mengemukakan kesnya kepada Tun Salleh untuk mendapatkan nasihatnya dari segi undang-undang.
Ini kerana Dollah Kalbi merancang untuk menahan isterinya daripada diambil oleh keluarganya sendiri tetapi dia perlu tahu apakah betul atau salah dari segi undang-undang.
Setibanya ke rumahnya, kami dapati Tun Salleh memakai trek suit macam orang kampung lalu dia mengiyakan bahawa memang dia habiskan masanya di kebun kampungnya di Besut, Terengganu. Hari itu barangkali dia bercuti di Kuala Lumpur.

Sebelum kita mahu buka mulut Tun Salleh terus menerpa,"Tak yah tunjuk fail. Just tell me what it is".
Kami pun masuk tajuk sepantas mungkin. Tun Salleh dengar dengan diam sekejap lalu agak dengan tiba-tiba juga dia menjawab,"I am not a lawyer. Long time. Been a judge, sitting up there. Wouldn't be able to advice. ... You cannot win. Not in Mahathir's court".
Begitu sahaja, agak hampa kita, lalu saya yang diutuskan khas ke situ tidak akan membiarkan keadaan itu berlalu.
Saya pun mula dengan, "Tun, jika tidak silap saya, pernah terdengar kisah Tun semasa dipecat di depan Mahathir, Tun Salleh ada cabar balik Mahathir dengan berkata, 'I shall fight you till the end'. Betul ke?"
Seperti caranya sebelum itu, Tun Salleh diam seketika memandang ke orang yang bertanya dan dengan tiba-tiba berkata, "Yes, i did fight till the end. I was fired. Now leave me to my farm. Leave me to die."
Sebelum kami meminta diri berangkat Tun Salleh bagi tahu saya,"You. Are you a candidate of PAS?"
Saya menjawab, "Yes, i was, i fought against Daim Zainuddin in 1986 under PAS ticket. But Tun, for you to commend me. Can i quote you on this?"
Tun pun mengangguk, "Yes".
Selepas masa berlalu, dan pada satu malam ceramah PAS di Markaz Tarbiyah, Taman Melewar, saya duduk-duduk mengikuti ceramah dari luar bangunan bersama khalayak ramai, ternampak duduk tepi saya menyandang kat tembok bersama pendengar lain adalah Tun Salleh! Saya agak terkejut keadaannya selamba sahaja dan berdiam diri dan pakaiannya sebiji orang kampung dengan ketayap tua ala PAS pula.
Saya terus memperkenalkan diri saya yang pernah berjumpanya lalu mengajaknya naik ke pentas kerana pasti orangramai mahu mendengar ucapannya. Beliau tunjuk isyarat enggan dan balik ke stailnya yang diam separuh muram sepertimana wajah pertama kali saya berjumpanya.
Saya tidak menerima keadaan itu dan pergi berasak-asak mengharungi ribuan hadirin sehingga sampai ke pentas dimana Abdul Malek Husin atau kami sering panggil dengan AMH tengah bersama duduk di pentas ceramah. Setelah dapat bercakap dengan AMH, dia pun cepat-cepat menghantar satu rombongan untuk merayu dan mengiringi Tun Salleh naik ke pentas. Rupa-rupanya Tun Salleh itu kena pujuk baru sudi.
Tetapi memang simple, straighforward, dan down to earth orangnya.
Sambungan...
