05 Julai 2008
Tuduhan Liwat Anwar Serampang Tiga Mata
Katanya, sekurang-kurang dengan serangan itu menyebabkan fokus Pakatan Rakyat terencat dan membuang banyak masa hanya untuk menjawab tuduhan terhadap Anwar Ibrahim. Manakala Anwar pula disibukkan dengan isu berkenaan.
Menurutnya, apa yang pasti dengan adanya isu berkenaan sudah tentu melegakan Perdana Menteri apabila seluruh jentera Pakatan Rakyat dikerah berhadapan dengan jentera Timbalan Perdana Menteri manakala jentera Abdullah Badawi hanya memerhatikan dua bakal perdana menteri bertarung sesama sendiri.
Pasukan Abdullah pada masa sama juga berjaya meminimumkan kegelisahan rakyat melalui pengembalian subsidi minyak terus kepada rakyat, Walaupun jumlahnya kecil tetapi bagi rakyat yang susah ia amat berharga.
Menurut Azizah beliau mendengar sendiri suara gembira rakyat apabila menerima wang RM150 bagi motosikal dan RM625 bagi kereta.
"Mereka begitu gembira sekali menerima wang sebanyak itu, mungkin mereka lupa buat seketika segala masalah kenaikan harga minyak sebanyak 41 peratus yang akan mencengkam hidup mereka selepas ini," katanya.
Azizah berkata, beliau yakin peribadi Anwar tidak seperti digambarkan musuhnya tetapi itulah yang terpaksa beliau dan keluarganya hadapi dan berharap keluarganya bersabar.
Ini kerana musuh tidak akan berdiam diri bahkan akan terus menyerangnya dengan serangan lebih dahsyat lagi daripada yang pernah dilaluinya ketika di zaman pentadbiran Dr Mahathir dahulu.
"Anwar tidak akan diberi ruang untuk naik, jika dahulu pun beliau dijatuhnya semata-mata untuk menghalangnya daripada berkuasa kini mungkin team dahulu bersatu dengan team baru untuk memastikan Anwar tidak menjadi perdana menteri," katanya.
Jelas Azizah walaupun ramai di kalangan team lama (musuh Anwar) telah meninggal dunia tetapi perlu diingat bahawa pemain utamanya masih hidup dan masih berkuasa.
"Tidak mungkin mereka rela membiarkan Anwar hidup selesa kerana ini soal hidup mati bagi mereka.
"Jika Anwar naik bererti hayat mereka akan tamat," jelasnya.
Petikan - Harakah
Sambungan...
Kami Memang Marah
Kemarahan pertama – semenjak syarikat Petronas ditubuhkan pada tahun 1974 , kita sebagai warga negara telah TIDAK diberitahu penyataan kira-kira kewangan syarikat minyak ini. Syarikat minyak ini adalah hak milik negara. Negara itu ialah kita semua. Kita ialah rakyat. Ertinya Syarikat ini adalah hak milik kita semua. Bukan hak milik United Malays National Organisation, bukan hak milik Hassan Merican atau hak milik Mahathir Muhamad.
Sebagai warga kita berhak untuk mengetahui pendapatan, belanjawan dan pelaburan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan oleh Petronas. Selama lebih dari 30 tahun ini duit dari Petronas telah TIDAK diketahui ke mana lesapnya.
Kemarahan kedua – Pembaziran demi pembaziran telah dilakukan selama 22 tahun oleh Mahathir Muhamad…
Lihat bangunan Dayabumi – kosong.
Lihat bangunan berkembar Petronas – satu darinya kosong.
Lihat pula Litar F1 Sepang – kosong.
Lihat pula Bangunan Konvensyen di Putera Jaya – kosong.
Lihat pula agenda Monsoon Cup - kosong.
Lihat pula Kampung Hadari di Kuala Terengganu – Kosong. Berbilion-bilion duit Petronas diambil untuk projek-projek gila.
Marah sahaja TIDAK cukup. Masanya telah sampai untuk kita semua turun ke jalan raya untuk menghentikan pembaziran ini.Rakyat WAJIB bangun, marah, keluar berdemo dan menuntut dibuka semua akaun Petronas untuk di ketahui umum. Kenapa akaun ini dijadikan rahsia? Kenapa rahsia? Apa sebab menjadi rahsia? Apa yang ingin di sorokkan?
Kemarahan ke tiga - Rakyat wajib tahu – berapa ramai pemain Filharmonik Orkestra Petronas itu rakyat Malaysia? Rakyat wajib tahu berapa belanja mengupah Mat Saleh kokak yang dalam negara mereka sendiri TIDAK ada kerja, kini datang berlagak menjadi pemuzik di Malaysia?
Kemarahan ke empat - Najib dan Razak Baginda yang mendapat komisen beli kapal selam itu duitnya datang dari mana? Apa gunanya kapal selam ini? Hendak menyelam apa? Apakah ini projek-projek ‘senjata’ ini bertujuan untuk buat duit? Bukankah ini duit dari jual minyak?
Kemarahan ke lima - Rakyat wajib diberi tahu siapa yang melantik Mahathir Muhamad menjadi penasihat Petronas? Ketika Mahathir berkuasa dahulu siapa pula penasihat Petronas? Kalau dahulu TIDAK ada penasihat kenapa sekarang perlu ada. Apakah Mahathir Muhamad yang menjaga duit Petronas? Betul kah duit Petronas telah diambil untuk membayar hutang Mirzan anak Mahathir pada tahun 1997 dahulu?
Lima kemarahan ini hanyalah kemarahan awal. Hakikatnya jika semua pembaziran ini dihentikan PASTI harga minyak dapat diturunkan. Ayuh Rakyat Bangkitlahhhh Untuk Turun sama menyuarakan Bantahan. 6Julai ini, Usah Lagi Di Tipu Dulu, Di Tipu Kini & Di Tipu Selama-lamanya.
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT…!!!
Petikan http://www.geramm.org/v1/
Sambungan...
04 Julai 2008
Tarik Balik Akuan Sumpah
Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam mendakwa Najib mempunya hubungan seksual dengan Altantuya. Najib juga didakwa memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda.
Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lulmpu pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.
Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.
Balasubramaniam juga mempunyai peguam yang baru. Peguam Americk Sidhu, yang bersamanya semalam, juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sidang akhbar Balasubramaniam masih berjalan.
Semalam, Balasubramaniam membuat pendedahan yang menggemparkan bahawa beliau telah mendengar dari Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.
Tetapi hari ini beliau berkata, beliau mahu menarik balik akuan berkanunnya pertama, yang difailnya pada 1 Julai, dan menggantikannya dengan yang baru, yang diumumkannya hari ini.
"Saya mahu menarik balik akuan berkanun yang pertama," katanya sambil menambah, beliau dipaksa membuat akuan berkanun tersebut.
Balasubramaniam telah diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya pada 2006 yang mengganggu Abdul Razak, yang juga rapat dengan Najib.
Sambungan...
03 Julai 2008
Akuan Berkanun Balasubramaniam
Beberapa ketika selepas itu, tersiar gambar besar Dr. Mahathir di muka hadapan Utusan Malaysia yang memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa Mesyuarat Kabinet yang telah dipengerusikan pada malam sebelumnya telah secara sebulat suara (consences) bersetuju bahawa Anwar mesti di'buang' dari UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.
Dan orang-orang besar itu bukanlah semuanya merupakan menteri atau pemimpin negara, tetapi ada diantara mereka yang berperanan disebalik tugas menteri sebagai penasihat rasmi atau tidak dalam mengatur perjalanan pentadbiran negara. Mereka menjadi cukup bimbang dan cemas apabila saat Anwar hampir melangkah naik ke kerusi PM, maka satu jalan terbaik untuk menghalang Anwar ialah mencipta satu agenda untuk mematikan terus karya politik beliau. Dan episod ini bermula dengan terbitnya Buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM yang diletakkan kedalam beg setiap perwakilan yang menghadiri perhimpunan agung UMNO 1997.
Sendiwara itu telahpun berlalu 10 tahun dahulu. Apabila Anwar dibebaskan oleh pentadbiran Abdullah pada tahun 2003, menjelmalah satu-persatu dalil-dalil bahawa apa yang terjadi sejak tahun 1997 dan 1998 terhadap Anwar itu sebenarnya sengaja diada-adakan. Dan pada tahun 2007 Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa Anwar tidak melakukan apa-apa kesalahan sebaliknya beliau telah dizalimi atas sebab politik.
Kini setelah 10 tahun berlalu dan ketika kedudukan kerajaan BN bagaikan ditelur di hujung tanduk sejak keputusan PRU 12, sendiwara Kisah Liwat DSAI dicipta semula. Bukan sahaja Anwar malah rakyat kebanyakkan pun sudah muak dan malas untuk mendengarnya.
Sebenarnya ini semua dijelmakan tidak ada tujuan lainnya melainkan untuk menyelamatkan Kerajaan BN. Persoalannya mengapa perlu diselamatkan Kerajaan BN ini, jawabnya mudah - sebab kerajaan ini :-
1. Tidak mahu menerima hakikat bahawa ianya tidak lagi diterima rakyat.
2. Segala salah-laku, korupsi, rasuah dan jenayah politik serta jenayah ekonomi pemimpin-peminpin BN akan terbongkar kepada rakyat jelata.
Kini rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan pembongkaran Akuan Berkanun oleh Balasubramaniam, penyiasat bebas Abdul Razak Baginda yang juga adalah bekas pegawai polis yang bertugas dalam Cawangan Khas PDRM, terhadap Najib Tun Razak, TPM.
Antara pendedahan oleh Bala dalam Akuan Berkanunnya adalah:
25.1 Razak Baginda had been introduced to Aminah by Datuk Seri Najib Tun Razak at a diamond exhibition in Singapore.
25.2 Datuk Seri Najib Tun Razak informed AbdulRazak Baginda that he had a sexual relationship with Aminah and that she was susceptible to anal intercourse.
25.3 Datuk Seri Najib Tun Razak wanted Abdul Razak to look after Aminah as he did not want her to harass him since he was now the Deputy Prime Minister.
25.4 Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda and Aminah had all been together at a dinner in Paris.
25.5 Aminah wanted money from him as she felt she was entitled to a USD 500,000.00 comission on a submarine deal she assisted in Paris."
Bagi rakyat Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM mesti memandang serius akan dakwaan ini.
Balasubramanium tidak mengatakan bahawa segala dakwaan itu adalah benar tetapi melalui akuan berkanunnya itu, beliau cuma mendedahkan apa yang telah diberitahu oleh Abdul Razak Baginda dan Al-Tantuya kepada beliau. Terpulangah kepada pihak polis untuk menyiasat akan kebenaran dakwaan ini.
Ketika DSAI mula dilemparkan tuduhan liwat kali kedua melalui laporan polis oleh Saiful Bukhari 3 hari lalu, Abdullah Badawi berkata:-
“Kalau dah begitu pihak polislah kena ambil apa-apa tindakan yang wajar, laporan polis sudah dibuat dan polis yang akan membuat sisatan dan menentukan sama ada perkara itu betul atau tidak betul. Soal Datuk Seri Anwar apa yang dia nak kata, bukan sesuatu yang kita boleh tentukan. Dia tentulah buat penafian, lazimnya orang yang dituduh buat penafian tetapi kalau sudah ada bukti dan pihak polis akan siasat, siasatlah,” ujar beliau. – Utusan Malaysia :29/6/2008
Kini dakwaan seks telah dilakukan oleh Bala terhadap Najib. Apa tindakan Abdullah dalam perkara yang sama. Sebagai seorang PM yang memulakan tugasnya dengan bersajak " Aku Hidup Kerana Dia Rabbi", Abdullah mesti mengambil pendirian yang sama dalam perkara ini untuk mSave Nowengarahkan PDRM menyiasat dakwaan ini.
Rakyat kini sedang menilai kewaibawaan Abdullah dalam hal ini kerana kebanyakkan sudah dapat mengagak akan pilihan yang bakal diambil PM. Apakah PM berjuang untuk muslihat BN atau untuk kepentingan rakyat?
Sambungan...
