25 Ogos 2008

Anwar kini wajar bersumpah satu langkah "check mate"

Gemuruh juga jantung saya apabila Saiful Azlan Bukhari mengangkat sumpah yang memohon Allah melaknat diri , keluarga dan seluruh keturunan beliau selamanya.Itulah ucapan beliau yang dilafazkan di ruang solat masjid wilayah pada 14.08.2008.

Penulis percaya ramai diantara golongan rakyat yang kurang mendapat infomasi sebenar tentang kes liwat mula panik.Apatah lagi apabila si "Sayfool" itu begitu berani meminta laknat ALLAH keatasnya.Dalam sejarah Malaysia rasanya inilah peristiwa "sumpah laknat" yang pertama boleh ditonton dikaca TV,Radio, Internet.Dan saya yakin ini adalah pertama dalam sejarah dunia ( ini persepsi penulis ). Soalnya apakah tindakan yang sebegini wajar dilakukan?


Maka penilaian mudahnya ialah isu ini mahu dipolitikkan oleh "banjingan - banjingan" yang tidak peduli soal maruah apatah lagi hukum - hakam agama.Tidak cukupkah lagi perbuatan mengaibkan ini diperlakukan ? susah sangatkah mahu membuktikan kes ini ?(jika benar ia berlaku).
Satu dunia mentertawakan Malaysia, penulis pernah disapa oleh seorang lelaki Cina di Hospital Tawakal beberapa minggu lepas. Sedang asyik ( sebenar meluat ) menonton Buletin TV3 tiba - tiba lelaki Cina itu berkata " abang , aiya ..saya manyak malu la.. liwat , liwat..apa ini ?..saya punye saudara di Singapore cakap aa..lu punya orang tarak cerita lain kaa? Sebelum sempat habis beliau habis bercakap saya menyampuk " Saya ( penulis) jadi Melayu lagi malu oo...kalau boleh tukar saya tukar ooo...balas saya dengan geram. Cina itu terus terkedu. Inilah realitinya kini.

Penulis berpendapat kes ini mesti selesaikan segera mungkin perbicaraan mahkamah mungkin memakan masa yang panjang.Tetapi penyelesaian untuk mengurangkan dosa orang ramai dari terus menerus menfitnah secara terbuka ditambah lagi "Media Perdana puaka" tidak kira masa " berzikir liwat".Kini sudah tiba masanya Anwar Ibrahim mengambil posisi serang balas dalam masa yang sama berkubu ampuh.

Saranan oleh Mufti Perlis agar mereka yang terlibat bermuhabalah ini memang mendapat pelbagai reaksi .Malah adakalanya pendapat Dr Asri senada dengan dengan pendapat TG Nik Abdul Aziz.Kini pula ada mufti lain pula berkata tindakan Saiful itu tepat.. jadi yang mana paling tepat?
Kami di www.telokbakong.com mencadangkan Dato seri Anwar juga membuat akuan bersumpah keatas nama ALLAH yang mengikut kaedah yang sepatutnya bagi membersihkan nama DSAI dimata dan hati rakyat .Ini bukan soal Anwar ( pinjam ucapan DSAI) Ini soal dosa pahala rakyat agar mulut mereka tertutup hati mereka tenang.Lagi pun ini memang hak DSAI , kaedah Islam dalam mempertahankan maruah.Bukan Saiful yang sebenarnya penuduh bukan orang yang difitnah.

Dan penulis sempat menghubungi seorang pakar undang - undang syariah sebelum ini bertugas di UIA kini menetap di Trengganu . Beliau juga melihat kepada kewajaran DSAI untuk bersumpah berdasarkan keperluan siasah syariah .Kerana melihat kepentingan umum / rakyat tambahan pula piliharaya ini sangat penting dan manfaatnya sangat diperlukan oleh rakyat jelata.

Sekali lagi kami menyeru agar pandangan ini akan diberi perhatian dan dilaksanakan.

Kami percaya UMNO - BN akan kena langkah check mate yang akan memberi pukulan maut kepada UMNO - BN di Permatang Pauh 26 hb ini.Seterusnya ini juga kemenangan rakyat dan hadiah kemerdekaan paling berharga untuk seluruh rakyat jelata.

www.telokbakong.com
kelulut@telokbakong.com



Sambungan...

24 Ogos 2008

15 sen Nilai Prihatin Pak Lah dan Kerajaan BN Terhadap Rakyat Malaysia

" Semua sudah maklum, harga petrol dan diesel telahpun diturunkan, menjelang Pak Lah akan turun atau diturunkan, dari kerusi kepemimpinan negara, yang mana lebih awal - 16 September 2008, 19 Disember 2008, atau pertengahan 2010.

Tarikh Mengundi
Adakah penurunan harga bahan ini, pada 23 Ogos 2008 bersempena dan berkaitan dengan kempen di pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh?

Dari sudut pandangan Pak Lah, ini tidak ada kena mengena dengan itu, sebab tempoh pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh ialah dari 16 Ogos 2008, hari undi pos 23 Ogos 2008, dan hinggalah hari mengundi seterusnya pada 26 Ogos 2008.

Betul Ke?

Suatu kebetulan!

Lagi? Ya, sememangnya betul, satu kebetulan demi satu kebetulan, mengiringi Anwar dalam sepanjang langkahnya bermula dengan dia mengumumkan untuk bertanding lalu menuju cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6.

Betul itu! Jadi betullah semua ini bukan kebetulan belaka?

Rasuah Politik
Adakah pengumuman Pak Lah ini, suatu rasuah politik kepada para Pengundi P 44 Permatang Pauh?

Menurut Pak Lah, tidak betul begitu.


Betul juga, Pak Lah mana pernah dilaporkan mengamalkan rasuah. Ada ke pernah laporan dibuat kepada polis atau Badan Pencegah Rasuah?

Pak Lah, ramai yang tahu, dia tidak pernah bercakap bohong. Tambahan pula keputusan yang diambilnya selama ini adalah tetap, dan tidak pernah berubah-ubah. Apa, yang disebut bloggers, flip-flop? Ya, mana ada begitu...

Betul ke?

Lagipun semua orang sayangkan Pak Lah. Mana ada bloggers terbalikkan gambarnya?

Betul ke?

Nilai Prihatin
Baiklah, biar betul-betul. Adakah 15 sen ini nilai prihatin Pak Lah dan kerajaan Barisan Nasional kepada Rakyat Malaysia seluruhnya?

Barangkali Pak Lah tidak akan mengaku begitu. Pernah dia berkata, dihatinya kalau boleh nak diturunkan lebih banyak lagi dari 15 sen. Tetapi dia tidak boleh, disebabkan harga minyak di pasaran hadapan yang tidak menentu di peringkat global. Nak buat macam mana?

Betul ke ni?

Namun, ada yang merasakan bahawa, kerajaan ada beratus billion RM dalam perbendaharaan berbentuk "federal reserves", adakah tindakan Pak Lah ini, ibarat orang kaya mencampakkan gula-gula yang berselerak di tanah supaya direbut oleh orang yang lapar berbulan lamanya.

Barangkali Pak Lah akan berkata, tidak betul begitu.

Betul ke?

Apa yang betul ialah, Pak Lah telah turunkan sedikit harga bahan ini, semasa masih Perdana Menteri Malaysia. Walaupun tarikh pengumuman ini lebih awal dan bukan pada 31 Ogos 2008 seperti yang diketahui sebelum ini.

Jadi, tidak betullah harga petrol dan diesel hanya akan diturunkan bila Abdullah Ahmad Badawi turun atau diturunkan?

Ya, tidak betul. Saya mengaku.

Saya tersilap congak permainan politik Pak Lah. Tetapi, saya juga mengaku bahawa penurunan ini tidak setimpal dengan kenaikan harga bahan ini sebelumnya.

Penyelesaian Penuh
Apakah 15 sen, penurunan bahan ini mampu menurunkan semua harga bahan, barang, dan perkhidmatan yang telah naik secara rentetan sejak 5 Jun 2008 yang lalu.

15 sen ini bukannya penyelesaian penuh, untuk menangani sepenuhnya isu harga minyak!

Tapi Pak Lah tidak peduli apa yang orang lain nak kata. Ikut suka hati dialah, berapa dan bila harga bahan ini mahu diturunkan atau dinaikkan. Sama seperti suka hati dialah bila dia akan turun dari kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Jadi, tahukah Pak Lah, bahawa ada pemimpin politik yang bukan di dalam UMNO, dan bukan dari Barisan Nasional, malah dia dari Parti KeADILan Rakyat, dalam Pakatan Rakyat yang mampu turunkan harga bahan ini, lebih baik daripada 15 sen yang telah Pak Lah lakukan.

Anwar Ibrahim!

Betul ke?

Adakah Pak Lah mahu biarkan Anwar ini menumbangkan Pak Lah, untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6..?

Ataukah Pak Lah sedang berusaha berbagai cara menyekat kemaraannya itu? Termasuklah kebetulan harga bahan ini diturunkan.

Tidak kesiankah Pak Lah kepada Najib, yang setia menunggu peralihan kuasa pada pertengahan 2010. Ataukah Pak Lah sengaja mempermainkan Najib..? Pak Lah biarkan Anwar menang dan seterusnya jadi Perdana Menteri Malaysia...

Tidak kesiankah Pak Lah, bahawa InsyaAllah, bila Pak Lah menggantikan Wan Azizah, kelak, maka para pemimpin Barisan Nasional bakal menjadi pembangkang. Apa yang mereka kosongkan akan diisi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Berubah dan beralih tempat duduk dan kedudukan.

15 sen, hebatlah ya tindakan begitu?

Eisyh, Pak Lah! Pak Lah!! Pak Lah!!!


Setujukah kita, walaupun harga bahan ini telah diturunkan sedikit, 15 sen, namun, Rakyat Malaysia tetap mahukan Pak Lah turun atau diturunkan sejak 9 Mac 2008 lagi.

Turun! Turun-turun..."
Tranungkite

Sambungan...