07 Jun 2008

BENARKAH ADA MENTERI GAY BERTEMANKAN ARTIS LELAKI?

Acap-kali penulis terpanggil memikirkan kisah ini yang menyentuh isu sensitif seorang insan yang berjawatan menteri penuh dalam tampuk pemerintahan negara kita.Menteri GAY dan sanggup bertemankan artis lelaki popular?Adakah kisah ini benar atau sengaja direka bual oleh mereka yang ingin melihat menteri ini jatuh tersungkur.Penulis bukanlah berhasrat ingin mengaibkan sesiapa,cuma sekadar pengajaran bagi kita semua.

Penulis bukanlah rapat sangat dengan mereka yang berpangkat besar-besar,cuma penulis mempunyai teman yang cukup mengenali mereka-mereka ini.Apa yang pasti,teman penulis ini merupakan anak kepada salah seorang datuk yang begitu kaya dan mewah di Malaysia.

Bulan lepas dalam pertengahan April,penulis diajak minum dan makan tengah-hari disalah sebuah restoran tomyam yang terkemuka di Petaling Jaya.Rakan penulis berhasrat ingin meluahkan sesuatu cerita yang selama ini beliau rahsiakan dan tidak mahu menyimpan seorang diri.

Menurut rakan ini,suatu hari beliau bertugas keluar negara.Rakan penulis mempunyai tugas kerja yang melibatkan perniagaan makanan yang terkenal di Malaysia dan dunia.Beliau bertolak malam dan menaiki salah satu pesawat mas.Dalam pesawat penulis terserempak dengan menteri tersebut seorang diri tanpa ditemani oleh ahli keluarga.Rakan penulis berpura-pura diam dan tak mengenali menteri tersebut.

Sampai sahaja dilapangan terbang luar negara tersebut,penulis terkejut apabila menteri tersebut disapa dan pipinya dicium oleh salah seorang artis lelaki popular Malaysia.Artis ini memang cukup bergaya,kacak dan masih bujang.Siapakah artis dan menteri Itu terpaksa dirahsiakan.

Rakan penulis pada mulanya menganggap ciuman dan dakapan itu hanyalah sekadar kawan dan saudara.Tiada niat langsung berburuk-sangka.

Dua hari berada diluar negara,rakan penulis sukar melupakan adegan artis dengan menteri tersebut,beliau menghubungi rakan yang terdekat dengan menteri tersebut,menurut cerita yang diperolehi,menteri tersebut mempunyai hubungan gay dengan artis itu dan sanggup memberikan segala kemewahan kepada artis lelaki itu.Malah sebuah rumah dihadiahkan kepada artis tersebut.Dimanakah maruah menteri dan artis ini? bagaimana pulak dengan isteri dan anak-anak menteri ini apabila mengetahui yang siayah gay?

Pengajaran yang kita perolehi dari kisah ini ialah hidup kita didunia hanya sekali,kehidupan yang songsang seperti ini adalah kelakuan terkutuk dan akan dilaknat Allah swt. Lambat dan cepatnya kutukan ini akan datang juga kepada kita yang melakukannya,seperti mana kaum-kaum terdahulu."

Petikan Respeks

Tiada ulasan: