07 Ogos 2008

Anwar mengaku tidak bersalah, bebas dengan bon peribadi

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membaca kenyataan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung kes terhadap Anwar. Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang menyifatkannya sebagai satu kezaliman politik terhadap Anwar.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Kira-kira 100 orang penyokong Anwar turut hadir memberi sokongan.Sementera itu, polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan-jalan utama masuk ke bandaraya pendakwaan Datuk Seri Anwar ke mahkamah hari ini atas tuduhan liwat.

Keadaan itu menyebab kesesakan lalulintas yang teruk menuju ke bandaraya.

Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar diikatjamin diri tanpa penjamin.

Katanya, Anwar juga tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut semula pada 10 September depan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur.

Anwar, 60, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohd. Saiful, 23, antara 3.01 petang hingga 4.30 petang 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Sebaik pertuduhan dibawakan, Anwar yang berdiri di kandang salah berkata: "Tuduhan ini adalah berniat jahat dan khianat dan saya tidak bersalah yang arif."

Menurut Mstar Online:

... di hadapan masuk, pasukan FRU mula mengambil tempat berkawal di perkarangan mahkamah. Para wartawan sudah berkumpul di luar mahkamah.

Anwar akan diwakili pasukan sembilan peguam termasuk R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli dan Sulaiman Abdullah.

Anwar dijangkadidakwa di bawah Seksyen 377A ataupun Seksyen 377C Kanun Keseksaan, berkaitan denganperbuatan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 377A, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dirotan manakala Seksyen 377C pula membawa hukuman tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman dirotan.

Seksyen 377A dan 377C tidak membenarkan jamin diberikan. Bagaimanapun di bawah Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah boleh membenarkan jamin.

Semalam, di satu sidang akhbar dengan ditemaniahli keluarga termasuk isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR dan pasukan peguamnya, Anwar memberitahu, beliau menerima sapina daripada polis kira-kira sejam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau tetap akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut walaupun ditahan dalam lokap sementara menanti perbicaraan kelak.

Dengan suara yang kelihatan 'agak sedih' di peringkat awal ketika membacakan kenyataan akhbar yang disediakan, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengulangi bahawa tuduhan yang bakal hadapi esok - kali kedua dalam tempoh 10 tahun - merupakan satu lagi konspirasi politik kerajaan.

"Keputusan (membawa ke mahkamah) tidak mungkin berlaku tanpa arahan peribadi Perdana Menteri.

"Saya mendapat maklumat siasatan (dakwaan meliwat ini) menghadapi banyak masalah kerana tidak cukup bukti," katanya.

Anwar menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggunakan kesnya itu untuk mengalih perhatian daripada masalah-masalah yang dihadapinya.

"Hari ini Perdana Menteri ada krisis kepimpinan dan keyakinan semakin merudum," katanya lagi.

Terdahulu, Ketua Jabatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin mengesahkan bahawa pegawai penyiasatnya, ASP Jude Pereira telah pergi ke rumah Anwar untuk menyampaikan sapina tersebut.

Ketika ditanya apakah kandungan sapina berkenaan, Bakri bagaimanapun enggan mengulas.

"Maaf saya tidak boleh mendedahkan apa kandungan sapina tersebut," kata beliauketika dihubungi mStar Online hari ini.

Difahamkan ASP Jude Pereira telah pergi ke rumah Anwar pada pukul 12:05 tengah hari untuk menyampaikan sapina tersebut.

Anwar berhadapan dengan tuduhan meliwat kali kedua dalam tempoh 10 tahun. Kali pertama selepas beliau dipecat daripada jawatan parti dan kerajaan.

Beliau dipecat pada 1998.

Pada akhir Jun lalu, bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah meliwatnya.

Ketika ditanya sama ada dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya itu akan mengurangkan sokongan dan undi beliau pada pilihan raya kecil itu, Anwar berkata beliau yakin perkara itu tidak akan menjejaskan sokongan dan undi terhadapnya.

Anwar yakin masyarakat di Permatang Pauh sentiasa mengikuti kesnya itu dan tahu apa yang berlaku terhadapnya.

"Tidak kira jejas atau tidak, itu adalah keputusan pengundi di Permatang Pauh," katanya.

Anwar, bagaimanapun, kurang senang dengan tarikh pengundian yang ditetapkan oleh SPR pada 26 Ogos kerana ia merupakan hari bekerja khuatir akan menjejaskan jumlah undi.

Mengenai isu yang akan dibangkitkan dalam ceramah beliau, Anwar berkata ceramahnya akan lebih menjurus kepada ekonomi dan perpadi.

Tranungkite

Tiada ulasan: